Ahad, 18 Oktober 2009

Malaysia Indonesia

Sejarah telah membuktikan bahawa kita adalah dari rumpun yang sama, malah sebahagian negeri kita diterokai oleh saudara kita yang merantau dan bermastautin di sini, akhirnya menjadi peribumi malah ada yang menjadi pemerintah pun.
Justru, kenapa kita harus bersengketa, budaya kita, fahaman kita, malah cara makan dan makanan kita pun sama. Agama kita mengajar kita agar kita mengasihi saudara kita seperti kita mengasihi diri kita.
Kemakmuran di sini akan tempias ke sana jua.
Semoga kita akan terus erat jalinan persaudaraan dan keakraban persahabatan
Sekian......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan