Ahad, 18 Oktober 2009

Malaysia Indonesia

Sejarah telah membuktikan bahawa kita adalah dari rumpun yang sama, malah sebahagian negeri kita diterokai oleh saudara kita yang merantau dan bermastautin di sini, akhirnya menjadi peribumi malah ada yang menjadi pemerintah pun.
Justru, kenapa kita harus bersengketa, budaya kita, fahaman kita, malah cara makan dan makanan kita pun sama. Agama kita mengajar kita agar kita mengasihi saudara kita seperti kita mengasihi diri kita.
Kemakmuran di sini akan tempias ke sana jua.
Semoga kita akan terus erat jalinan persaudaraan dan keakraban persahabatan
Sekian......

Sabtu, 12 September 2009

SELAMAT AIDIL FITRI

Alhamdulillah ... nampaknya Ramadan telah meniti ke penghujungnya dan kita bersyukur kerana telah dapat melaksanakan tanggungjawab kita sepenuhnya...mudah-mudahan kita akan menerima rahmatnya di hari akhirat nanti.
KBKB ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Aidil Fitri kepada semua ahlinya, serta para pembaca sekalian...Maaf zahir dan batin andainya terdapat kesilapan dan sebagainya dalam kami mengendalikan koperasi ini.
Semoga KBKB akan terus maju dan menjadi antara koperasi terbilang di negara ini..
Amin... ya rabbul alamin !!

Rabu, 19 Ogos 2009

SINGAPURA 2009

JOM MELANCONG BERSAMA-SAMA


Di sekitar bandar Medan, Danau toba, Parapat
PROGRAM:
MAC - BALI, INDONESIA + 4 H 3MLM = 1,350.00
JULAI - KELANTAN & TERENGGANU + 3H 2MLM = 220.00
JULAI - PADANG, INDONESIA + 4H 3MLM = 1,200.00
OGOS - SINGAPURA + 3H 2MLM = 350.00
DIS - MELAKA, KUALA LUMPUR + 3H 2MLM = 170.00

medan 2008



MASALAH ekonomi yang melanda dunia sekarang tidak menjejaskan industri pelancongan Malaysia, sebaliknya negara terus menjadi destinasi tumpuan pelancong berbanding negara Asia lain.
Pelbagai usaha dilakukan Kementerian Pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong melawat negara ini antaranya Zoom Malaysia yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelancong luar negara.